Saat hati ini menangis
wajah aku cuba mengukir senyuman
Biarkan mereka tak mengerti
Aku tak nak mereka mengerti apa yang berlaku
Kedukaanku aku pendam
Walau mereka memaksa apa adanya masalahku
Aku hanya menfikan
Walau mereka memaksa apa adanya kemurunganku
Aku hanya menidakkan
Walau mereka memaksa apa adanya kebisuanku
Aku hanya menggelengkan kepala
Boleh tak aku menangis
menjerit melalui mulut dan bukannya melalui naluri?
Intuisi aku hanya menyatakan bahawa impian cintaku
Hanya sekadar mimpi cuma
Fantasi yang mengulit
dalam golongan sampah yang selayaknya untukku...
Setiap laila yang mendatang
Itu sahaja waktu kita bersatu
saat embun kian membentuk
kita bercerai sementara
dan saat ketemu dalam realiti
kita hanya bagai bermimpi
saling tak kenal dan saling tak cinta
cuma insan biasa
hanya sekadar ingin menyimpan
peti rahsia...
mengharapkanmu oleh aku
mengharapkanku oleh mu
.......
(zhaf,2010)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan