Rabu, 28 Mac 2012

Lempar Aku Dalam Sungai Cinta

Salam..
seperti yg dijanjikn pada entri sebelum ini, aku nk berkongsi puisi aku yg aku karangkan tahun lalu. Puisi ni berkaitan dgn rindu..erm..aku prcaya korg sume pernah rase prasaan rindu ni tak kira korg rindu dgn family, kawan2 ataupn GF/BF korg..tp puisi ni lebih kepada perasaan rindu trhadap someone special..entah macamana aku trgerak nk cipta puisi ni..siyesly, aku mcm tak sedar yg aku sedang mengarang sebuah puisi..Bila dah habis, aku baca balik..aku trkejut...jiwang giler ayat aku..ahahah...
ala, nama pun puisi..so what kan? so, dengan tajuk 'Lempar Aku Dalam Sungai Cinta', selamat membaca puisi di bwah ini...sudi2lah mengomenkan diri anda ye =)

*******

Dengan nama perasaan yang terpaksa aku tanggung,
sesungguhnya cinta itu berada dihadapanku.
Namun sukar untuk aku menggapainya
oleh kerana rindu yang tertanggung.
Aku tahu yang aku patut bersabar
kerana setiap kesabaran itu pasti ada imbalannya.
Tetapi aku menangis pada setiap malam,
setiap purnama.
Hati yang menangis tidak mampu menipu emosi yang cuba memujuk hati ini.

Adakah sudah tertulis di suratan takdir
bahawa apa yang aku rasa patut dirasa sejak kecil?
Tuhan, sungguh hebat perasaan yang melanda dalam hati ini.
Tamparan yang cukup hebat.
Adakah rindu yang aku rasa ini,
turut sama dirasai oleh orang yang aku cintai?
Tuhan, walaupun rasa cinta sememangnya indah,
tetapi kenapa wujud rasa duka?
Kenapa risau itu perlu ada?
Adakah aku sememangnya tidak teliti dalam setiap perhubungan?
Cinta, mengapa rasamu pedih?

Diam!
Akui diri ini!
Ombak pukulan ke sisir,
Diamkan hati mu.
Angin menderu,
Tenangkan jiwamu!
Hentakkan kaki menendang bumi,
BERHENTI!

Biarkan aku bersendiri,
Disamping gambarnya.
Disamping surat cinta.
Disamping memori aku dengannya.
Disamping ciumannya yang pernah mencium jiwaku.
Disamping kata-katanya yang pernah menghiasi hidupku.

Laksana Pungguk rindukan bulan,
Inikan manusia yang lebih bijak jauh berfikir,
Tetapi emosi tak bisa stabil.
Rapuhnya jiwa aku ini.
Tamparkan hatiku duhai sang cinta.
Andai aku tak bisa berfikir yang mana satu intan
Dan yang mana satu kaca.
Tendang jiwaku duhai sang cinta.
Andai aku terlebih buruk dalam satu perkara.
Toreh sedalam-dalamnya luka rindu ini,
Seandainya aku bisa menghilangkan hiba di dalam hati ini...

SILAKANLAH DUHAI SANG CINTA!
Aku menangis berdarah sekalipun,
Aku yakin belum tentu yang mendengar jeritan batin ini.
TAMPAR AKU!
TENDANG AKU!
TOREH AKU!

Bila
Jiwa
Yang
Aku cintai
Kian
Jauh
Daripada
Jiwa
Aku.
Namun
Yang
Boleh
Aku buat
Hanya
Bersabar
Sabar
Dan sabar

Kerana aku tahu sikapku bagaimana,
Dan aku hanya mampu
Meluahkan apa yang aku tertanggung dihati ini
Melalui sajakku
Kerana aku tahu aku terlalu lemah,
Dan aku hanya mampu
Melaksanakan mengikut kemampuanku

Bersabar
Atas nama
Ada hikmah
Disebaliknya.
Tenangkan emosiku
Duhai diriku.
Tenangkan jiwaku
Duhai diriku.
Sapu airmataku
Duhai diriku.
Biarkan aku menangis dibawah bantal
Aku takut untuk meluahkan rinduku
Biarkan aku menangis tak berlagu
Aku takut untuk meluahkan cintaku

Tetapi aku sayang kepadamu
Dan aku cinta kepadamu.
Kerana itu aku bersabar.
Dan berharap
Sepantas kilat
Keadaan merubah segalanya
dan berbaloi
dengan kesabaran jiwa
yang selama ini
tertanggung olehku.

Terima kasih kepayahan
Tertima kasih kedukaan
Kerana membuatkan kisah hidupku
Di bab percintaan
Membuatkan lebih sukar
Menbuatkan lebih duka.

Sabar...
Sabar cinta...
Sabar Zhafir...


17:58
17-2-2011
Khamis
Kolej puncak perdana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan